Dilea Open Tuisyen Rakyat Bahasa Inggeris Tingkatan 2

25 Februari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Februari 2026, telah diadakan Dilea Open Tuisyen Rakyat Bahasa Inggeris Tingkatan 2 bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 2:45 petang hingga 3:30 petang.

Dilea Open Tuisyen Rakyat ini dijalankan secara atas talian dan terbuka kepada semua pelajar tingkatan 1 hingga Tingkatan 6. Dalam sesi ini, pelajar akan belajar secara live atas talian bersama guru Bahasa Inggeris. Pelajar dibekalkan nota Bahasa Inggeris yang boleh diakses melalui portal Dilea. Selain itu, terdapat juga komunikasi 2 hala antara pelajar dan juga guru. Di samping itu, terdapat juga sesi interaktif permainan atas talian untuk menguji tahap kefahaman peserta terhadap topik pembelajaran Bahasa Inggeris.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali